Khamis, Disember 02, 2010

Ciri-ciri Kata

Ciri-ciri kata nama

  • setiap kata nama boleh diikuti oleh kata penentu itu dan ini (KN + itu/ini)
  • kata nafi 'bukan' boleh digunakan untuk menafikan sesuatu kata nama (bukan+ KN)
  • kata nama boleh diikuti oleh kata adjektif sama ada secara langsung atau dengan perantara 'yang' (KN + KA)
  • kata sendi berada di hadapan kebanyakan kata nama unuk menghasilkan frasa sendi nama (KS + KN = FSN)
  • Imbuhan kata nama
    • awalan - peN-, peR-, ke-, se-,
    • akhiran - -an
    • apitan - peR-...-an, peN-...-an, ke-...-an
  • kata bilangan/ penjodoh bilangan (penentu depan) boleh berada di hadapan kata nama
  • kata nama boleh jadi subjek atau objek
Ciri-ciri kata kerja
  • kata bantu boleh berada di hadapan kata kerja (K.Bantu + KK)
  • kata nafi 'tidak' digunakan untuk menafikan kata kerja (tidak + KK)
  • boleh jadi kata perintah (diam, buatkan)
  • tidak boleh digandingkan dengan penguat yang menunjukkan kepalingan atau kesangatan (paling, sangat)
  • tidak boleh digandingkan dengan kata bilangan atau penjodoh bilangan
  • kata sendi di, ke dan dari tidak boleh bergandingan dengan kata kerja
  • boleh diperluas dengan perkataan 'dengan'
(sumber dari buku Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

suara hati