Khamis, Disember 30, 2010

Alahan

Pas apa yg berlaku.. aku nk share ckit la info yg aku dpt ttg alahan nie.. moga2 blh bntu org len plak kn..

Alahan- perubahan aktiviti (tindak balas hipersensitif)


Penyebab:
• Tumbuh-tumbuhan.  
• Makanan.  
• Ubat-ubatan.  
• Debunga.  
• Sengatan lebah.  
• Gigitan.


Alahan Rhinitis (demam alahan)  
Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.  

Tanda-tanda dan gejala  
• Penghasilan mukus (lendir).  
• Gatal-gatal di  
o Tekak  
o Hidung  
o Mulut  
o Mata  
o Kulit  
• Batuk.  
• Sakit kepala.  
• Hidung berair/Bersin.  
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).  

Rawatan  
• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.  
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.  
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.


Alahan Terhadap Makanan  
• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:  
• Intolerans terhadap makanan.  
• Sindrom gangguan usus.  
• Tekanan fizikal.  
• Keracunan makanan.  
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan untuk mencegah ia dari melarat.  

Gejala  
• Tekak terasa gatal.  
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).  
• Sakit perut.  
• Loya.  
• Muntah.  
• Kekejangan otot perut.  
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.  
• Gatal-gatal/urtikaria.  
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.  
• Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.  
• Sesak nafas/bunyi ronkus.  

Rawatan  
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.  
Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala  
• Gatal-gatal.  
• Ruam kulit.  
• Gatal-gatal pada kulit atau mata.  
• Bunyi ronkus.  
• Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:  
• Penyumbatan rongga hidung.  
• Sukar bernafas.  
• Batuk.  
• Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.  
• Pening.  
• Keliru.  
• Sakit/kekejangan otot abdomen.  
• Loya, muntah.  
• Cirit-birit.

Rawatan  
Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.  

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.


Gejala  
• Mata merah.  
• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.  
• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.  
• Keluar air mata.  
• Kelopak mata bengkak/sembab.  

Rawatan  
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

suara hati