Ahad, April 24, 2011

TIPS & PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

dah agak lama kan aku tak jenguk blog aku nie.. berkulat dah aku nengoknya.. haha..
just kidding..


gamba nie xde kaitan pun ngan apa yang aku tulis kat atas tu.. p mayb nie yang jadi kat budak2 yang nak or tengah exam.. termasuk diri aku ari tu.. haha..

kat sini.. aku sertakan tips menghadapi peperiksaan. Harap2 semua orang dapat manfaat darinya..

Satu lagi.. nie petua untuk anak2 menghadapi peperiksaan.. buat untuk diri sendiri pun boleh.

10 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan semasa peperiksaan.

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.


Satu lagi.. nie petua untuk anak2 menghadapi peperiksaan.. buat untuk diri sendiri pun boleh.

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alat tulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
all the credit goes to

Isnin, Mac 28, 2011

saje..

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~

Khamis, Mac 10, 2011

Tik Tok

Tik tok tik tok
Dia tetap terus berdetik
Berlalu dan semakin menjauh
Membiarkan aku terus bersimpuh
Bersenang-lenang menanti esok

Tik tok tik tok
Penaku tetap membisu
Minda pula semakin buntu
Teman juga enggan membantu
Kerna bersesak untuk mengejar waktu

Tik tok tik tok
Ilham masih lagiku buru
Sedang masa semakin cemburu
Guru sudah menanti waktu
Untuk menilai hasil karyaku

Tik tok tik tok
Mata bertentang dengan sang masa
Manuskripku tersedia tidak sempurna
Sesalan kini tidak berguna
Kerna asyik persiakan masa

Are_mool (Tanjung Malim, 21 Januari 2011)

Khamis, Februari 24, 2011

Theres nothing to be sorry of...

satu kisah dalam sebuah kisah cinta... 0215 24022011

boy:: thanx 4 messing with my life..
girl:: what hv i done?
boy:: it is over between me n her.. thanx 2 u..
girl:: i didnt say anything..
boy:: im not in a mood 4 relationship now.. so its over now.. im letting u go.. hope u gonna b happy with the person u love now.. ill be happy 4 u 2..
girl:: (quiet.. clueless.. feelingless)

***

a moment b4..
other girl:: do u want him back?
girl:: meaning??
other girl:: i know u r his ex..
 n u still love him..
i hope we can be friend..
but i cant be with him anymore..
girl:: (sorry girl, im not his ex, but still his girl) i'm jealous.. bcoz i can see him very happy with other now.. i love him once.. but now.. he is yours.. n  ive got someone else.. n im trying 2 give him.. the love he suppose 2 hv..
other girl:: i know u still love him..
girl:: (girl.. of coz i do.. we hv been 2gether 4 a long time)
but now.. im quite happy 4 him..
plz.. dont leave him bcoz of me..
let me be the one 2 go..
other girl:: it is not bcoz of u.. but it is me..
girl:: dont make excuses.. plz..
other girl:: im not..
>>...<<
other girl:: sorry.. =(
girl:: there is nothing 2 b sorry of.. ok??

***

that midnight..
girl:: im sorry if it is bcoz of me.. that ur relationship with her was over..
if we were meant 2 b.. im gonna b yours 4ever.. n if u really gonna let me go..
plz.. dont walk away frm my life juz like that..

***

next morning..
boy:: im sorry.. i didnt meant what i said last night.. are we still like we used 2??
we were meant 2gether,, thanx 4 owez supporting me..
girl:: meaning??
boy:: ...
girl:: whatever.
boy:: ok..
girl:: fine..

***

** boy,  is it that easy?? juz simply say u r sorry.. n u r asking 4 my forgiveness..
i know i am at fault 2.. but i cant accept that u said im the one 2 blame 4 ur break off n end our relationship bcoz of that,,
so.. im sorry.. u can say anything bout me.. but u hv ask me.. 2 find my on hapiness..
n i am now.. thanx..

Selasa, Februari 22, 2011

ntah pa per..

hmm...
dah agak lama kot aku x menulis dalam nie.. entah la,, tak tau nak masukkan apa dalam nie..
lagipun,, sesaat 2 nie aku rasa sibuk yang amat sangat.. tapi entah sibuk dengan apa..

Rabu, Januari 19, 2011

AWAK.. (coretan terakhir.. mungkin)

Awak..
Ini saya lagi..
Mungkin ini yang terakhir dari saya..
Saya tau saya jahat..
Tapi saya dah tak kisah semua tu..
Saya cuma nak bagitau awak sesuatu..
Penting sangat!!!

Awak..
Sejak saya kenal awak..
Banyak yang berubah..
Dan sekarang..
Saya rasakan macam awak pun dah berubah..
Tapi kan awak..
Bila saya bagitau awak..
Awak salu cakap saya ni fikir yang bukan-bukan..
Tapi saya dapat rasakan beza dia awak..

Awak..
Mungkin nota ni tak penting bagi awak..
Tapi saya cuma nak luahkan je..
Awak pun tau kan..
Kita jarang boleh luangkan masa..
Bila kita nak jumpa je..
Ada-ada halangan datang..
Saya tak tahu awak camne..
Saya betul-betul sedih..

Tapi saya tak tau camne nak bagitau awak..
Last2,, saya marahkan awak..
Pastu kita gaduh..
Awak menghilang sekejap..

Awak..
Dulu saya tak kisah..
Bila awak cakap nak rahsiakan dulu hubungan kita..
Tapi lama2 kan awak..
Saya jadi tak pasti..
Sapa saya pada awak sebenarnya..

Kalau saya tanya..
Awak cakap saya dah tau..
Tapi saya nak dengar lagi..
Mungkin gak soalan saya salah..
Sebab tu awak marah kot..
Maaf ye awak..

Sekarang..
Saya rasa saya dah tau kenapa..
Awak nak sembunyi sangat saya ni..
Awak mesti risau..
Takut makwe awak dapat tau pasal saya..
Betul tak awak?

Awak..
Tak pe lah kalau benda tu betul..
Saya faham..
Patut gak awak nak sembunyikan..
Awak tak pelu risau saya tau dari mana..
Saya okay je..

Awak..
Saya salu harapkan..
Awak boleh gtau saya perkara sebenar..
Tapi saya tak tau camne nak cakap..
Jadi saya diam je..
Saya mula terfikir..

Awak..
Mungkin tu petunjuk buat saya..
Supaya saya lupakan awak..
Walaupun saya rasa berat..
Tapi saya akan cuba..
Sebab saya takkan tahu..
Kalau saya tak cuba..
Awak..
Mungkin lepas ni..
Awak dah tak kisah pasal saya..
Saya ni bukan sapa2 pun..
Mungkin dia yang terbaik bagi awak..
Saya akan pergi..

Tapi awak..
Sebelum saya pergi..
Saya nak sangat bagitau awak..
Yang awak..
Memang dah terpahat dalam hati saya..

SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK..

Terima kasih awak..
Sudi pernah berada di sisi saya..
Jadikan saya sebahagian hidup awak..
Walaupun sedetik cuma..
Saya tetap rasa bahagia..
Dan saya takkan lupakan..
Sampai bla2..

Sabtu, Januari 01, 2011

bla,, bla,, bla..

waaaaaaaaaaaaa..................
tension gler aku rasakan.. bukak2 jer fb,, suma sibok wish new year, selamat tahun baru laa.. dah tu.. sibuk pulak tanya pasal azam baru.. tak lupa lak yang gtau azam diorang...

yela.. aku tau suma orang nak berkongsi kegembiraan sambut tahun baru.. tapi bagi aku berpada-padala.. bukan nye aku anti dengan status2 macam tu... tapi bosan la kan.. kadang2.. tiap2 tahun aku dengar azam yang sama dari orang yang sama..

yang parahnya.. bila azam tu tak tercapai.. mulala nak salahkan yang tu la.. yang ni puncanyala.. fikirla sendiri wei.. salahnya dari kita sendiri.. tanamkan azam tak salah.. p tekad tu kenalah seiring.. jangan nak tawakkal je tanpa ada usaha..

so tahun nie.. aku tak tetapkan pun ape azam tahun 2011 aku nie.. p aku ada 'wishlist' aku sendiri.. kalau boleh aku nak cuba capai wishlist aku tu.. walaupun sikit je.. hehe..

semoga berjaya buat aku..
dan buat suma kawan2 yang lain.. azam korang memang the best...
tapi lagi elok kalau kita boleh try da best nak capai azam tu..

juz me...

AZMUL ALIYA HAMIDAH

suara hati