Khamis, Disember 30, 2010

baru lagi..

hmm.. bahang tahun baru dh mkin terasa.. bg sstgh orgla.. bg aku sama je.. n every year.. ade2 je azam bru diorg nie..

aku plak.. xtau laa.. nk crk pakwe nama Azam kot.. haha,. 4get it..

mesti suma org sibok nk rncg aktiviti masing2.. malah ada yang dah siapkn azam baru dh.. aku plak xtau nk buat apa.. yg penting utk tahun baru nie... aku nk jd lebih baik dari tahun yg sebelumnya.. agak klise ya di ctu..

hehe.. p tu r hakikatnya.. aku x mntk nk jd jutawan ke.. dpt 4flat ke.. yg penting ade peningkatan dlm suma yg aku buat..

nampak ringan je.. p yg tu r payahnya.. p hasil xkn dtg bergolek tnpa usaha kn.. hehe.. pandainyer bdk nie.. (ank mak katakn).. hak3..

waaaaaaaa... mengarut dh aku nie.. apa2 pon.. simple life leads 2 happy life.. chewah..

tata.. titi.. tutu.. naikla perahu.. syok gtu..

Alahan

Pas apa yg berlaku.. aku nk share ckit la info yg aku dpt ttg alahan nie.. moga2 blh bntu org len plak kn..

Alahan- perubahan aktiviti (tindak balas hipersensitif)


Penyebab:
• Tumbuh-tumbuhan.  
• Makanan.  
• Ubat-ubatan.  
• Debunga.  
• Sengatan lebah.  
• Gigitan.


Alahan Rhinitis (demam alahan)  
Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.  

Tanda-tanda dan gejala  
• Penghasilan mukus (lendir).  
• Gatal-gatal di  
o Tekak  
o Hidung  
o Mulut  
o Mata  
o Kulit  
• Batuk.  
• Sakit kepala.  
• Hidung berair/Bersin.  
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).  

Rawatan  
• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.  
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.  
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.


Alahan Terhadap Makanan  
• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:  
• Intolerans terhadap makanan.  
• Sindrom gangguan usus.  
• Tekanan fizikal.  
• Keracunan makanan.  
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan untuk mencegah ia dari melarat.  

Gejala  
• Tekak terasa gatal.  
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).  
• Sakit perut.  
• Loya.  
• Muntah.  
• Kekejangan otot perut.  
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.  
• Gatal-gatal/urtikaria.  
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.  
• Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.  
• Sesak nafas/bunyi ronkus.  

Rawatan  
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.  
Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala  
• Gatal-gatal.  
• Ruam kulit.  
• Gatal-gatal pada kulit atau mata.  
• Bunyi ronkus.  
• Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:  
• Penyumbatan rongga hidung.  
• Sukar bernafas.  
• Batuk.  
• Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.  
• Pening.  
• Keliru.  
• Sakit/kekejangan otot abdomen.  
• Loya, muntah.  
• Cirit-birit.

Rawatan  
Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.  

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.


Gejala  
• Mata merah.  
• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.  
• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.  
• Keluar air mata.  
• Kelopak mata bengkak/sembab.  

Rawatan  
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai. 




ape dh jadi??

sehari pas abs kem daa..


Well.. aku pun xtau cmne blh jd cmni.. risau gak.. muka bengkak.. mata sembab.. tgn kaki pun sama bengkak.. bkn tu je.. gatal2 plak tu.. mmg x thn la aku time tu..

nie rupa aku pas dpt injection yg kedua.. haa.. x caye? klu tgk pg tu.. lg trok.. x serupa aku lgsg.. entah ank cina mne ntah tertuka mke ngn aku pg tu.. x sgp aku..

haha.. ape pon.. aku try la cita ckit2 yg aku igt.. mula aku dpt gatal2 kat mka mlm sblm ktaorg buat serangan kat senior.. mula ak igt biasa je.. p aku pelik.. nape mkin lama mkin gatal n mkin membengkak.. p ak saba je dlu.. esk ilang kot.. kt ak dlm ati..

p lg trok rupanya.. ak letak je la krim utk gatal.. nk legakn ckit.. blhla bthn kjap.. pas abs serangan.. aku trus jmpe medik.. dia bg ubt utk bengkak.. n injection tok gatal.. dia ckp skali je blh ilang..

p x sangka plak.. aku trus demam sbb gatal tu.. uwaa.. sedihnyer.. p yg peliknye.. gatal tu jap je ilang..

pg tu bgn.. mmg bengkak gler.. aku pon g klinik.. doktor ckp alergi aka alahan. dia bg 1 lg injection..
n ubt bengkak..

krg ckit bengkak kat mke aku.. dh x gatal mka dh.. p mslh plak ngn tgn n kaki.. gatal2 mcm beralih plak kat ctu.. blh ek cmtu?? haha.. ape2 la,.

dgn bengkaknya,, gatalnyer.. mmg xleh thn.. bla kne panas.. mcm mkin trok plak gatal.. las2 aku rehat jer.. dlm ekon.. (wlu rs bslh x fitik ngn kwn2) dh terpaksa kn2..

mlm tu mkn ayam.. mkin jd2 gatal.. x psl2 dpt 2 lg inject.. pdn mke aku.. sapa suoh x dgr ckp..

esknya.. ok ckit.. p mjelang ptg.. gatal2 tu mkin terok.. tgn kaki mkin bengkak.. merah2 mkin byk.. mka aku yg dh krg bengkak pun jd mkin bengkak blik..

so.. mlm tu gak aku g hospital.. cek pnya cek.. doktor ckp ade kuman dlm darah aku.. terkejut gler aku dgr.. yg mne sbnrnya sakit aku nie.. doktor tnya nk stay kat wad x?
sapa nak kn2?

so aku blik..
jg dri sndri..
nie ok ckit dh.. juz kne byk rehat n xleh kne panas o ujan.. klu x,, jd la bintik2 merah tu.. klu bintik je xpe gak.. nie skali ngn gatal.. mcm pakej plak daa..

x sabanya nk abskn ubt n sihat sepenuhnyer.. xnk da g hospital g.. klu g.. kompom kne stay ctu.. xnk aku..

aku dh cri info ttg alahan n kuman dlm darah.. klu ade kesempatan.. kta share same2 ek..

Isnin, Disember 27, 2010

Annual Camp

Akhirnya habis jgk kem tahunan aku sbg pegawai kadet intermediate PALAPES UPSI.. penat gler pastu.. haha,, p ape2 pon.. tahniahla buat suma skuad2ku.. sbb berjaya menyahut cabaran bru tu..

mulanya aku ingat aku tak mampu nk abiskan kem nie.. maklumla.. 3 hari kna mara.. dengan pack2000 n snjta persendirian.. p aku gagahkn jugak.. 1st day tu memang penat gler aku rasa.. mane taknya,, nak2 8km kitaorg jln kot.. mayb lebih kot.. dengan struktur muka buminya yang berbukit bukau.. kah3..

p bla dh sampai kat 'harbour' yg 1st tu, mmg aku syok gler.. bkn aku sorang kot yang rasa camtu.. tak sangka kami dah berjaya harungi hari tu sampai penghujungnya..

Esoknya ada 2 bound yang kami kena clearkan. p satu untuk platun 1 dan satu lagi platun 2 iaitu platun aku.. hari tu, platun 2 gerak dulu,. sebab kami yang akn clearkan bound tu dulu.. mula2 tu memang blurr gler.. p dah nampakla flow die camne pas buat kali kedua.. penatnya susah nk cakap.. bayangkan bila turun tu.. suma tertanya2.. camne ktaorng blh naik bound tu..

p ktaorng tetap teruskn perjalanan.. pas giliran platun 1.. ktaorg sambung blik mara sampai ke harbour yang kedua..

to be continued..

Isnin, Disember 06, 2010

Awal Muharram

Doa Akhir dan Awal Tahun
* bc la doa nie ye..


Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Doa Awal Tahun

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Khamis, Disember 02, 2010

Ciri-ciri Kata

Ciri-ciri kata nama

  • setiap kata nama boleh diikuti oleh kata penentu itu dan ini (KN + itu/ini)
  • kata nafi 'bukan' boleh digunakan untuk menafikan sesuatu kata nama (bukan+ KN)
  • kata nama boleh diikuti oleh kata adjektif sama ada secara langsung atau dengan perantara 'yang' (KN + KA)
  • kata sendi berada di hadapan kebanyakan kata nama unuk menghasilkan frasa sendi nama (KS + KN = FSN)
  • Imbuhan kata nama
    • awalan - peN-, peR-, ke-, se-,
    • akhiran - -an
    • apitan - peR-...-an, peN-...-an, ke-...-an
  • kata bilangan/ penjodoh bilangan (penentu depan) boleh berada di hadapan kata nama
  • kata nama boleh jadi subjek atau objek
Ciri-ciri kata kerja
  • kata bantu boleh berada di hadapan kata kerja (K.Bantu + KK)
  • kata nafi 'tidak' digunakan untuk menafikan kata kerja (tidak + KK)
  • boleh jadi kata perintah (diam, buatkan)
  • tidak boleh digandingkan dengan penguat yang menunjukkan kepalingan atau kesangatan (paling, sangat)
  • tidak boleh digandingkan dengan kata bilangan atau penjodoh bilangan
  • kata sendi di, ke dan dari tidak boleh bergandingan dengan kata kerja
  • boleh diperluas dengan perkataan 'dengan'
(sumber dari buku Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu)

suara hati